shlarsln // nerdygal's: Little Brats Hangout Together

BOSSY

Holla ! Welcome to Suhailaroslan Official Blog. My name is Suhaila Roslan but you guys can call me Su. I'm 21 years old. I am a Malacca baby born but got raise up in Kulai, Johor Bahru. Get connected with me in my available social media accounts that I've linked down below. Thank you. No spam please :)

- blogger since 2010 -


Click on the navigations below :



                        

Little Brats Hangout Together


Bismillahirrahmanirrahim -

Okay guys, welcome back to maa blog. For those whose still new here, click the 'Follow' button and follow my story today, tomorrow, and forever :))

So, before kita nak cerita pokpekpokpek pepanjang, kita kasi awak semua chance tengok gambar atas pepuas.

"Meet maa partners in crime for iftar today. Its been 14 years guys. Thank you sudi dengar aku pokpekpokpek nonstop..."
Lebih kurang gitulah caption yang I post dekat insta.


Hahahaha, sebelum tuh, kita dengan Husna plan nak keluar berdua, sebab kata Husna dia nak belajar motor sekali. 22/6 nanti test JPJ. But then, Husna cadang ajak sekali Dayah and Pika. Tambahlah excited kita sebab partners in crime bertambah, Plus, dah lama gila tak jumpa, since Form 3 lagi terpisah. Cuma dorang tiga orang rajin jugak keep in contact, kita pulak tak. Bebaru ni jugak kita dapat keep in touch dengan Husna, tuh yang ajak keluar.

Tapi punyalah sukar plan nak keluar iftar sesama tuh, sampai pening kepala kita. Kejap kata pukul 7.30, kejap pulak kata pukul 8.00, lepas tuh kata pukul 8 lebih pulak. Kayfine, takpe asal kan keluar. Sebab dah siap dah ni. Jangan tak jadi sudah kan. Sebelum tuh Husna cakap Warung Nasi Lemak Wak Kentut tuh kena booked dulu sebab tempat femes kan, ramai orang. Itu yang decide nak datang lambat jerk tanpa perlu booked.


Gambar dekat atas tuh lebih kurang lah macam conversation kita dengan Husna tuh. Yerk memang buka 7.13. Tapi orang datang situ mesti nak lepak makan, berbual, santai-santai. Konfirm lah 30 minit tuh memang tak cukup cik Husna hoiii :))

Last-last, kita cakap 7.45 confirmkan balik, jadi tak, sebab kita nak pergi ambek dia dekat rumah. Fuhhh, nasib jadi. Kalau tak, mahu ribut taufan aku time tuh :') Dah lepas ambek dia guna motor tuh, time nak keluar simpang dia, mak dato punya bising dia sebab takut tengok iolls ni bawa gear 4. Ya Allah, gear 4 pun tapi slow jerk Husna. Kalau iolls bawa laju, time bendul tuh kau dah kedepan langgar iolls ni.

Then congcengcongceng atas motor cerita pasal incident iolls isi minyak, perghh si Husna ni gelak sakan. Jahat ! Then iolls balas dendam, bawa lelaju, then dia jerit "Jangan bawa lelaju Suhaila, helmet aku tercabut ni..hahahahahaha" Iolls pun gelak jahat, then bawa slow. Sampai area Warung Wak Kentut, iolls kata itu jalan sehala tapi si Husna ni sibuk kata "manfaatkan lah motor kau ni, selit jerk. hahahaha" Amboi, kang tinggal sini kang. Then pusing lah belakang, masuk dari belah sana. Sebelum sampai warung tuh, jumpa parking motor, tapi Husna kata itu untuk pekerja dia. Iolls macam tercengang, dah tuh motor nak parking mana kan. Bawa jerklah motor tuh ke depan lagi sampai jumpa Dayah dengan Pika dekat hujung jalan tuh, kecoh tanya mana nak parking motor. Last-last parking sebelah tempat lepak kita orang tuh :'))

Pika kata pergilah ambek makanan, self-service okay princesses. Bila tanya dorang dah amek ke, belum jugak. Ajak pergi saing, tak nak. Husna kata dia tolong jagakan tempat duduk. Cehhh. Last-last, iolls pergi dengan Dayah ambek makanan untuk dorang sekali. Ya Allah, malu hanya Tuhan saje yang tahu. Tak tau nak order dekat mana. Pergi order salah kedai, pergi dekat kedai jual kuih pulak :'))


Lepastuh dah pilih ayam 4 ekor, dia boleh potong 2 ekor jerk. Haishh sob sob. Kawan cheq tu dah lah meroyan lapar semua encik. Kang ada jugak yang jadi zombi makan orang karang. Serius rasanya iolls jerk yang banyak pokpekpokpek dekat situ dari pukul 8.00-9.45pm. Tak bagi langsung peluang dekat Husna or Pika or Dayah cerita, kahkahkah sorry babe !! Iolls dah kata, kalau tang bercakap, memang iolls laju jerk takde berhenti. Sampaikan yang lain makanan dah habis pun iolls belum habis sebab sibuk bercerita :'))

Dari A-Z kita orang bercerita. Gelak tak payah cakap. Rasanya semua orang dekat situ dokk tengok, anak-anak dara dok pokpek mengalahkan orang tua, hahahaha. Last gambar Pika kata, jom pergi AEON, baru best sikit nak bergambar. Tapi time tuh memang tak tengok jamlah dah pukul berapa kan. Main redah jerk terus pergi AEON. Time ni iolls suruh Husna belajar bawa motor kejap, kasi asah skill dia bawa motor manual. Maklumlah dekat tempat study bawa auto jerk kan. Hahahahaha.

Sampai AEON, iolls suruh Husna ni belajar double-standkan motor tulah, nasib reti :')) Kalau tak mau setengah jam jugak belajar double-stand. Then terus masuk AEON jumpa Pika dengan Dayah dekat WATSONS. Hermm dah shopping lipstick pula si Pika dengan Husna ni. Iolls kata Husna kata tadi bawa 30MYR jerk. Hahahahaha, tapi dia punya shopping mak aihh, macam bawa beribu kauuu !!

Lamalah jugak pusing pusing nak cari lipstick dia. Then masuk AEON pasaraya tuh kejap sebab iolls nak beli lemon. Pika pun sama jugak. Dah kebetulan tu ingat nak cari ramyeon yang nuclear spicy tuh, kot ada kan. Tapi tak jumpa, sobs sobs, dekat ig jerk ke yang ada jual benda tuh ?

Then cecepat pi bayar dekat kaunter sebab Pika kata 9.45pm kaunter dah tutup. Mujur sempat weh, kalau tak mau nangis iolls. Dayah pula pergi POPULAR cari buku adik dia. Dah kita orang jalan macam robot, dari pasaraya tuh ke POPULAR, nak kejar Dayah, sebab most kedai dah tutup. Sekali tengok Dayah patah balik, sebab POPULAR dah tutup. Cehhh, tak taulah pulak AEON memang tutup awal :'))


So decide jerklah balik. Tapi sebelum balik tuh sempat lah jugak wefie. Husna memula tak nak, itu yang dia berdiri dekat belakang tuh. Lepas puas pujuk, baru amek gambar. Kehkehkeh.

Tapi bila bincang-bincang, kita orang decide, lepak kejap dekat rumah Pika. Dari pukul 10-00-11.00pm weh duk lepak bawah blok tuh sambung pokpek campur dengan Husna yang nak belajar motor lagi. Sampaikan ada lelaki tuh tegur, meeting raya ke ? Hahahaha, iolls pun cakap, tulah bang raya dah nak dekat ni. Kita orang dok gelak jerk tengok Husna bawa motor iolls. Anjing dekat situ pun tak berhenti menyalak. Sampaikan dia berhenti menyalak sendiri, sebab penat kot !!

Then kita orang pun kata nak balik sebab mak Husna dah call dia dah. Agaknya kalau mak dia tak call, iolls pun tak tau pukul berapa nak balik :)) Lepas habis hantar dia, iolls kata tunggu aku dah sampai simpang tuh baru masuk rumah tau, hahahahaha. Sebab jalan tuh gelap sikit eventhough ada lampu jalan. Iolls siap tengok side-mirror lagi, nasib dia masih berdiri tunggu iolls masuk simpang tuh.

That's all lah kisah Little Brats Hangout Together. Harap dapatlah kita keluar selalu macam ni. Rindu weh dari darjah satu sampai sekarang. Dayah iolls kenal start Form 1, tapi rapat gila gila waktu Form 3, sebab time tuh Husna dah pindah sekolah. Pika pulak kelas lain. But sokay, I will always keep on counting our friendship. Korang lah dulu teman gila-gila, teman lepak, teman pergi sekolah agama jalan kaki, teman everything. Harap korang kekal gila-gila every time kita jumpa tau :))