shlarsln // nerdygal's: Diploma Sains Gunaan UiTM Jengka
                                                   HOME      FOLLOW      AUTHOR      BEAUTY/SKINCARE      BOOK REVIEWS      LIFESTYLE                                                 

Diploma Sains Gunaan UiTM Jengka


Bismillahirrahmanirrahim -

Okay guys, welcome back for my new entry. Sekarang ni tengah kecoh dengan penerapan UiTM *dihatiku intake 2017/2018 for degree. Sekarang saya tak nak bincang dalam, apa kos yang saya nak ambil, aku sekarang dalam keadaan yang desperate amat untuk bercerita tentang kekusutan yang sedang melanda hidup saya dalam seminggu ini. Please keep on reading, terutama kepada pelajar SPM, sebab saya nak buka minda awak semua luas-luas tentang future awak. Saya nak menyesal dah terlambat, bahkan hidup perlu diteruskan. Tapi tak bermakna masih terlambat untuk saya berkongsi sedikit pengetahuan kepada semua candidates SPM di luar sana, yang bakal menjadi calon SPM atau tidak. Saya cuma nak awak baca santai entry ini, jangan stressed/depressed tiba-tiba pulak !



Okay guys, zaman sekarang, orang semakin pandai, bila semakin pandai kita sendiri tahu, persaingan sengit. Jangan ambil mudah perkara ini. Persaingan nampak hanya satu perkataan, tapi bila kau buka minda dengan meluas, kau akan nampak banyak perkataan persaingan dari pelbagai aspek/segi. Persaingan adik-adik sekalian, bukan persaingan antara kawan dan kawan, bahkan persaingan kau dengan budak kelas lain, persaingan kau dengan satu batch sekolah kau, persaingan kau dengan satu batch daerah, persaingan kau dengan satu batch negeri. Itu belum campur dengan negeri-negeri lain yang kau tak tahu berapa ramai lagi orang yang hidup satu batch dengan kau ! Nampak tak dekat situ betapa besarnya konsep persaingan.

Sekarang ni wahai adik adik yang sedang, bakal atau belum menduduki peperiksaan SPM, take note. Jangan main-main. Nampak mudah, lepas SPM, sambung jerk mana-mana yang dapat. Tak sayang, bukan semudah itu. Bila orang makin pandai, persaingan semakin sengit, ruang untuk menduduki di IPTA sangat rendah peratusannya. Jangan ingat saya main-main. Kalau kaya, takde hal kau nak sambung di IPTS. Tapi bagi yang ingin sambung di IPTA, tolong ambil berat perkara ni. Jangan pandang remeh-temeh. Benda ini nampak kecil, tapi bila kau dah melaluinya sahaja, baru kau tahu, susah senang bende ini semua. Jadi, sebab tuh saya nak ingatkan, kongsikan dengan adik adik sekalian, bercita-cita sahaja takkan bawa anda kemana-mana, tapi bercita-cita dan berazamlah untuk ke arah itu.

Bagi yang tahun ni sedang menduduki peperiksaan SPM, dan pada mereka yang bakal menduduki, korang akan berpeluang untuk membuat permohonan melalui UPU untuk sambung kos yang korang minat dalam diploma/asasi/matriks dan setaraf. Saya sarankan ambillah UiTM. Walaupun orang cakap UiTM macam gini gitu gini gitu, sekurang-kurangnya UiTM mengutamakan bangsanya terlebih dahulu daripa IPTA/IPTS yang lain seperti UKM, UMS, UM, UTHM dan sebagainya di mana korang kene compete dengan pelajar cina dan india yang korang sedia maklum, memang lebih bijak dari kita. Jadi, secara tidak langsung, peluang nak masuk di IPTA/IPTS tersebut rendah. Berbanding dengan UiTM, In Shaa Allah, kalau ada rezeki kau, tiada aral melintang, doa cukup, usaha pun cakap, In Shaa Allah, kau akan dapat tempat di UiTM.

Tapi disini segalanya bermula. Korang nak pilih kos apa yang korang nak sambung, jangan main sembarangan. Tolong ! Saya minta tolong sangat adik-adik sekalian, tolong jangan sembarangan pilih. Mari ikut syarat/langkah-langkah yang korang patut ambil :

1. Tolong pastikan kos yang anda pilih mengikut kesesuaian dengan keputusan SPM.
2. Tolong buat uji kaji/selidik mengenai kos-kos yang ditawarkan di IPTA/IPTS
3. Anda boleh rujuk para bloggers yang pernah menjadi student atau ex-students yang berpengalaman untuk info mengenai kos yang anda inginkan.
4. Anda boleh search syarat kelayakan anda mengikut keputusan SPM untuk melihat kos yang bersesuaian yang ditawarkan.

p/s : Tolong jangan malas buat research atau bertanyakan pada orang yang ada pengalaman(students)

Syarat kelayakan, boleh pergi either dua link di bawah ini :
1. http://www.semaksyarat.info (UPU)
2. http://www.selangkah.uitm.edu.my (UiTM)

Kebanyakannya, budak-budak SPM berlagak pandai *maaf tiada niat nak lukakan hati korang. Mereka berlagak, tak nak buat research, sebab konon dah berazam habis SPM aku nak ambil  ni, ambil itu. Realitinya adik-adik sekalian, apa yang anda inginkan itu memang mudah untuk dituturkan, tetapi realitinya, sukar untuk dikecapi. Sangat. Tolonglah fahami dan mengerti. Sebab itu pentingnya research ni. Ada masa, jangan bazirkan. Buat research, cukup sebagai persediaan kau untuk kau tahu sedikit sebanyak mengenai aliran yang bakal kau ambil dan tempuhi.

Sambung belajar bukan setakat kata, aku cuma setakat nak ada diploma @ sampai degree pun jadilah weh belajar. Bukan sayang sayang sekalian. Sekarang, banyak lagi perkara yang kau belum lihat, dan belum harungi. Tak semestinya saya suruh awak dengar jerk cakap senior senior tuh cakap. Kalau dorang kata jangan mohon, tak mohon langsung. Padahal sebenarnya kau berpeluang. Tapi disebabkan tak nak buat research yang mendalam, kau akhirnya percaya pada satu pihak sahaja.

Adik-adik sekalian, diploma sekarang dah ada pelbagai bidang. Saya sarankan pergi cek syarat kelayakan, korang akan nampak 1001*tipu jerk pilihan yang dia akan tawarkan mengikut kesesuaian keputusan korang. Tolong fikir panjang. Jangan kata sebab kau minat kos A, kau pun pergi laju jerk tangan tick Kos A and what so ever lah prosedurnya. JANGAN ! Macam saya dulu, memang saya terkilan, sebab tak buat research mengenai kos-kos lain. Saya ambil keputusan untuk sambung Diploma Sains di UiTM Jengka selama 3 tahun (6semester) yang kemudiannya dikatakan cuma ada 5 semester sahaja bersamaan dengan 2 tahun 1/2. Adik-adik hanya mereka yang ambik kos ni jerk akan faham apa yang dikatakan 'toughnya kos sains ni'. Tough sebenar untuk kos ini bila korang nak sambung degree lain bidang kene mengikut piawan pointer CGPA korang. Semua kos sama sahaja, susah dan senang dia, cuma keinginan korang macam mana, keazaman korang sendiri macam mana. Tanya balik diri sendiri.

Sebab saya cakap dekat sini. Diploma Sains terlalu basic. Kos ni agak broad. Nak pergi mana-mana aliran lain waktu degree nanti takde masalah, dengan syarat CGPA, saya ulang CGPA bukan GPA kena 3.5 above baru kau berada di safe zone untuk nak lari bidang. Itupun kalau kau buat twist nak lari bidang degree nanti. Sebab apa, Dip Sains, nampak macam kau belajar sains, tapi saya pun tak boleh nak elaborate terlalu dalam apa yang saya belajar.

Ini antara subjek baru bermula sesi saya yang anda akan ambil jikalau anda berminat untuk ambil kos ini, 2 tahun setengah, bersamaan dengan 5 semester. Kampus transit saya di Jengka, tapi main campus untuk Sains Gunaan sekarang adalah di UiTM Tapah yang baru dibina pada awal 2015 gitu.

Conclusion, kos ni terlalu broad yang kalau sesiapa nak sambung degree lari bidang atau sambung bidang yang sama, CGPA kenalah 3.5++ untuk berada di safe zone. Sesiapa yang nak persue medic, 3.80++ mesti ada dalam genggaman. MUET tolonglah, paling minima dapatkan Band 4 walaupun orang cakap Band 3 itu dah okay. Skop kerja bidang ni bukanlah susah sangat, cuma sebab dia tak spesifik, jadi tak banyak skop pekerjaan tu, so most students, memang akan lari bidang pada degree nanti.

Sini saya sertakan kod-kod pembelajaran dan unit kreditnya yang anda akan ambil dari Part 1- Part 5 terbaru punya :

#PART 1
BIO 121 - Introduction To Cell (3.00)
CHM 131 - General Chemistry (3.00)
CTU 101 - Fundamentals of Islam (2.00)
ELC 120 - Integrated Language (3.00)
HBU 111- National Kesatria I (1.00)
MAT 133 - Pre Calculus (3.00)
PHY 110 - Mechanics I (3.00)

#Part 2
BIO 150 - Metabolism and Cell (3.00)
CHM 270 - Physical Chemistry (4.00)
CTU 151 - Islamic Thought (2.00)
ELC 150 - Integrated Language (3.00)
HBU 111 (sila abaikan kod) - National Kesatria II (1.00)
MAT 183 - Calculus I (3.00)
PHY 210 - Mechanics II and Thermal (3.00)

#PART 3
BIO 260 - Biological Systems (4.00)
CHM 257 - Organic Chemistry I (4.00)
CTU 211 - Science and Technology (2.00)
ELC 230 - Integrated Language (3.00)
HBU 111 (sila abaikan kod) - National Kesatria III (1.00)
MAT 238 - Foundation of Applied (3.00)
PHY 150 - Electricity and Magnetism (3.00)

Sebelum semester 4 bermula, korang akan dikehendaki pilih untuk major Biology atau Physics, but both still kene ambil Chemistry punya subjek

Bagi yang mengambil aliran Biology untuk semester 4 & 5, kod kos yang anda akan ambil, seperti di bawah :

#Part 4
BIO 310 - Metabolism and Cell (3.00)
BIO 320 - Physical Chemistry (3.00)
CHM 256 - Calculus I (3.00)
CHM 301 - Mechanics II and Thermal (3.00)
STA 108 - Mechanics II and Thermal (3.00)
CSC 134 - Computer and... (3.00)

#Part 5
BIO 300 - Biological Techniques (3.00)
BIO 330 - Introduction to Ecology (3.00)
CHM 260 - Basic Instrumental (3.00)
CHM 361 - Inorganic Chemistry (3.00)
ENT 300 - Fundamentals of... (3.00)

Tak faham kod kursus tu, boleh tanya saya sendiri apa dia kos tu, and belajar mengenai apa. Nota-nota semua I dah bagi junior. Ada yang sikit jerk tinggal pada diri sendiri. Kos ni tolonglah, buat nota. Rajinkan diri buat nota. Jangan pandang remeh pada Part 1. Start dari Part 1 korang sebenarnya dah kena push diri untuk dapatkan dekan, which means pointer/GPA 3.50 and above. Tapi saya tak tahu kalau ada penukaran berlaku sama ada GPA 3.67 baru dekan (berita yang belum disahihkan,tolong cari info mengenai ini). Im not quite sure about that. Sebabkan kos ni tak spesifik, jadi korang akan belajar, cover semua benda basic, tak mendalam.

Sambung Degree ?

Actually, akhir kos ni, ramai sebenarnya students yang lari bidang. Tapi jangan takut. Ya betul, penerapan degree nanti, intake dorang kebiasaannya sedikit, berbanding dengan intake waktu diploma korang. Yang dapat penerapan adalah students, 3.50++ above *sudah semestinya dan yang lepas syarat kelayakan yang telah ditapis oleh pihak UiTM. Saya nak cakap direct bende ni, tak nak macam entry orang lain, bagitau lepas syarat kelayakan sahaja. Saya bukan nak let you guys down, Im infact nak you guys improve to be better, sekarang ramai yang pandai, jadi saingan sangat penting. Take this as a challenge to improve yourself. Bukan setakat kos ni sahaja, bahkan kos lain.

Sesiapa yang nak sambung medic/sains kesihatan seperti farmasi, kedoktoran dan kejururawatan boleh. Tapi kena lepas syarat kelayakan dia. Pointer budak medic biasanya 3.80++. Manakala sains kesihatan, safe pointer anda adalah 3.50++. Kalau nak sambung yang sains gunaan waktu penerapan, seperti degree kimia, biologi, sebenarnya saya tak sarankan. Memang dorang akan cakap degree kimia banyak peluang pekerjaan, mungkin juga degree biologi sebegitu juga, tapi saya titik beratkan kalau anda tak dapat sambung penerapan degree, jangan putus asa. Anda masih berpeluang untuk mohon UPU. Di sini, kos kos yang ditawarkan adalah lebih spesifik. Ya, anda perlu tunggu hampir setahun, tapi ianya berbaloi. Tapi tak dinafikan saingan UPU lebih besar, kerana anda compete dengan budak matriks dan setaraf dengannya. Jadi ini bagi saya, kalau anda dah dapat offered untuk masuk waktu penerapan, tolong jangan tolak. Sebab ramai lagi yang ingin berada di tempat anda. Melainkan, kos yang anda ditawarkan adalah sangat tidak memuaskan hati/tidak sesuai dengan cita rasa anda.

Okay, so kalau boleh, degree tu ambil lah something yang spesifik supaya korang akan tahu skop kerja korang bila tamat belajar nanti. UPU provide macam-macam bidang nanti. PIlih yang sesuai dengan pointer, MUET pun sesuai. Jangan putus asa, bila lama nak tunggu keputusan UPU tu. Memang orang sekarang nak cepat habis belajar, tapi apa yang dia belajar, pun dia tak tahu. Beware. Degree susah, bila korang takde basic sebab lari bidang, takde masalah nak ambil kos itu juga, tapi dengan syarat korang kena cepat catchup. Tak boleh lambat. Takut korang ketinggalan, tuh jerk.

Lari Bidang ?

Lari bidang berlaku, bila CGPA hebat dan layak nak ke aliran yang lebih bagus / CGPA teruk dan terpaksa lari kos yang sesuai dengan CGPA. Sebenarnya, mana-mana kos yang korang ambil, tolonglah jaga pointer GPA apatah lagi CGPA. Dua ni sangat mainkan peranan penting. Dapat C satu subjek pun boleh effect CGPA korang teruk !! Nak naikkan pointer bila dah jatuh, bukan senang. Tapi nak jatuh pointer tuh, anytime jerk dik. So be careful in making choices bidang mana korang nak sambung. Buat flow chart sayang, berazam untuknya. Lari bidang, anytime actually boleh berlaku, bila ada unexpected things happened. Kita merancang, selebihnya Allah yang tentukan, rite ? So, dalam perancangan tuh kalau boleh, biar sistematik. Jangan kejap, diploma bidang ini, degree bidang itu, master, ntah apa bidang pula korang sambung. Diploma sains memang tak dinafikan boleh pergi banyak bidang lain, macam engineering, sains kesihatan, business pun boleh.

Tapi tak disarankan sampai lari bidang ke arkitek misalnya, sebab bila korang ambil diploma sains, nak pergi arkitek boleh sayang, tapi degree nanti baru dikira as Part I, sedangakan arkitek ada 3 part. So, master korang baru dikira Part II and PHD nanti baru dikira as Part III. Tak taulah berapa lama korang dah habiskan masa dekat situ. So, nak lari bidang boleh, tapi biarlah yang kalau boleh, masih ada hubung kaitnya. Sebab tu, pentingnya pemilihan bidang DIPLOMA korang. Kalau nak jadi arkitek, buat search aliran arkitek. Nak tukar tiba-tiba degree baru nak start masuk arkitek, payahhh dik oi. Masa kau terbuang gitu jerkk.

Nak ke sains kesihatan, boleh, syarat pointer 3.50++ untuk korang berada di comfort zone. Bukanlah saya cakap 3.00++ takde  peluang, no ! Ini semua bergantung pada rezeki masing-masing. Tapi, macam bagi saya, nak sembang kencang, nak sambung degree ini itu ini itu, make sure CGPA, 3.50 above baru kau bebas nak sambung degree mana-mana bidang/kos yang sesuai.

**Berapa kali dahh aku nak ulang ayat ni :'))

Senang nak tahu, cek syarat kelayakan. Nak rasa lebih selamat dengan pilihan kos yang anda ingin sambung, make sure CGPA anda lebih (banyak) daripada syarat kelayakan itu. In Shaa Allah, kalau tiada aral melintang, usaha cukup, doa pun cukup, dapatlah. Kalau tak dapat, fikir positif, rezeki kau mungkin ada di tempat lain.

Actually bila belajar basic bende ni semua, supposed to be senang nak skor. Ramai jerk batch saya grade with ANC awards, means dekan every semester. Syarat, rajin bertanya, rajin buat latihan. Kalau kata, tak tahu langsung, tengok nama kod kursus dia pun pelik-pelik. Jangan risau. Nampak pelik, nampak susah, tapi bila dah adapt, korang akan rasa senang. In Shaa Allah. Lemah chemis/physic/biology semua tuh boleh diatasi bila korang rajin. Jangan cepat giveup. Sebab cara pembelajaran diploma lain.

Dont worry too much, kos ini santai dan senang nak cover semua subjek. Jangan sebab saya cakap susah, nak ini itu, ini itu, giveup lah gini. No !! Baca dulu, research lagi pasal kos ni, sebab ada jerk yang cakap kos ni kacang.

Kalau nak info lebih lagi, boleh email jerk saya. Sini, saya sertakan links lain yang anda boleh search mengenai kos ini :

1. http://fatihahazanan.blogspot.my/2013/06/sains-gunaan-uitm.html
2. http://egyptdzulkarnain.blogspot.my/2012/03/laluan-untuk-pelajar-diploma-sains-uitm.html
3. http://www.ciktom.com/review-kursus-diploma-sains-uitm-as-120/
4. http://haniaqilah.blogspot.my/2011/05/pelajaranku-nanti-diploma-sains-as120.html

Kalau boleh diploma ni jangan risau pasal skop kerja dulu, yang penting pemilihan bidang yang korang minat dan sesuai dengan keputusan korang dapat. Diploma fikir untuk nak jaga pointer supaya senang korang nak sambung degree mana-mana nanti. Bila grade diploma dengan CGPA 3.50++, In Shaa Allah, degree takde masalah korang nak sambung mana-mana bidang yang korang minat, kecuali medic, 3.80++ Time nak masuk degree, dah ada keputusan diploma yang cantik, baru fikir skop kerja korang okay :))

Saya juga akan cuba sehabis mungkin untuk upload entry mengenai tawaran degree saya, berserta dokumen-dokumen penting untuk sambung degree. Senang kata prosedurnya. Stay tuned. Saya akan inform di laman Google+ saya bila saya dah update.
Share This Post :