AS 202 ; Bachelor in Science (Hons) Chemistry


Bismillahirrhmanirrahim -

Okay,Im back to continue my story for my degree intake. Kali ni, kita campur bm dan bi okay. Sebab ramai email, request, bm. Hahahaha, patik minta maaf. Kadang-kadang jari jemari tak boleh resist nak type bi. Okay, sebelum dikecam dari netizen, mengenai kos degree yang saya ambil ni, memandangkan saya tulis dalam entry sebelum ni, bahawa saya tidak menggalakkan anda mengambil degree kimia/biology. I know, and I admit, saya sendiri cakap gitu. Tapi dah rezeki saya nak dapat kos ni sambung degree. Nak buat macam mana. Nanti korang kalau nak ambil lain, itu korang punya cerita. So far, I've got no idea at all about this course, but because I've basic chemistry from my dip science, so I think, let's give it a try huh ? Why not ?

Im mad am I ? Give it a try ? LOL !
Im fxcking crazy !

Okay, lets start shall we. Aku mula dengan dokumen yang korang perlukan and sedikit info 'prosedur' untuk apply penerapan. Since aku telah graduate pada bulan 10, 2016, UiTM akan buka penerapan pada pelajar semester akhir dalam sebulan sebelum kau tamat diploma, kalau tak silap. Di sini, apa kelebihan ambil penerapan, anda akan ada PK. Apa itu PK? Biasanya korang akan dengar dua perkataan ini, penerapan dan pengecualian kredit.

Pengecualian kredit (PK) :


Pengecualian kredit (PK) subjek ni hanya boleh dimohon jika awak dari diploma UiTM atau kolej bersekutu UiTM sahaja. Kiranya kalau awak dari universiti lain sambung belajar di UiTM, awak memang takkan dapat PK ni. Dan awak kena mulai dengan semester satu. Bagi yang dapat PK ni boleh mula belajar dengan semester dua, tiga atau empat bergantung kepada course yang awak buat. Kat sini awak dah boleh jimat dua atau tiga semester. Syarat lain untuk permohonan PK ni ialah awak mesti dari fakulti yang sama. Sebagai contoh saya dulu dari Diploma Statistik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (CS) dan sambung ke Ijazah Statistik juga dari fakulti CS. Jadinya saya layak dapat PK untuk semua subjek yang saya belajar masa diploma dulu. Masuk ijazah saya start belajar dengan subjek baru. Kira-kira 13 subjek dan lebih 30 total kredit hours saya dapat PK. Banyakkan? Saya dapat jimat dua semester dan mula dengan semester tiga tahun kedua. Contoh lain : Diploma dulu awak dari fakulti Accountancy (AC) dan nak sambung ke ijazah Hotel Management (HM), awak takkan dapat PK sebab lain course, lain fakulti. Mungkin ade subjek yang dapat PK tapi tak banyak. Dan awak tetap mula dengan semester satu. Faham? Hee. PK ni boleh apply asalkan cukup syarat fakulti. Tapi yang dari matrik atau STPM takkan dapat PK ye. Sebab awak dikira pelajar baru yang perlu menjalani minggu orientasi. Yang dapat PK dipanggil pelajar penerapan diploma. Dapat PK untung sebab degree akan jadi cepat dan singkat. Macam kawan-kawan saya ijazah dorang hanya dua tahun termasuk praktikal, tapi saya memakan masa dua tahun setengah termasuk praktikal. Pejam celik pejam celik kejap je dah habis belajar. Saya akan habis belajar nanti sama dengan kawan saya yang dari matrik. Kalau nak cepat habis lagi lepas semester tiga diploma, UiTM tawarkan penerapan ke ijazah terus. Maknanya tak habis diploma lagi tapi boleh langkau terus ke ijazah dengan syarat pointer kena 3.0 ke atas. Saya dengan kawan saya yang buat penerapan ni beza dua semester. Esok lusa dorang dah nak habis pun. Saya ke terkongtang kating lagi belajar. Hihi.
Faham tak sekarang apa itu PK ? Untuk bahasa yang lebih mudah, anda UiTM kos diploma sains gunaan *sikit sikit nak kait dengan sains, ehh lantaklahh kan, asal faham ! Jika anda mahukan PK, atau other cases dimana mereka sendiri telah dapat PK ialah bila korang apply UiTM kos degree sains gunaan juga. Di situ, subjek/subjek seangkatan dengannya yang telah diambil semasa diploma, tidak akan diambil lagi pada waktu degree. So, lesson time untuk degree anda akan lebih singkat/cepat. Ini kita panggil langkau semester.

Tak faham juga, ni others link yang korang boleh survey :
1. http://kangkungmonster.blogspot.my/2015/08/penerapan-dan-pengecualian-credit.html
2. http://ieyzaafieyna92.blogspot.my/2014/02/penerapan-dan-pengecualian-creditpc.html
3. http://zinniazaza.blogspot.my/2015/04/pengecualian-kredit.html
4. http://noraimismail.blogspot.my/2013/01/pengecualian-kredit-uitm.html

In my case, saya ambil Diploma Sains di bawah fakulti Sains Gunaan (UiTM Jengka, Pahang) dan sekarang mendapat tawaran untuk sambung ke Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kimia di UiTM Samarahan 2, Sarawak. So,since Degree Kimia ni pun berada di bawah fakulti sains gunaan, automatik saya akan mendapat PK di mana tempoh pengajian 3 tahun menjadi 2 tahun setengah. Tapi ada yang member saya dekat Pilah, kos pure chemistry juga, dia kata, siapa yang chemistry dapat C waktu diploma, tak kiralah semester ke berapa sekalipun, setiap kali dapat C subjek chemistry bagi setiap semester, kemungkinan tak akan dapat PK. Tapi kalau kes dia, ada 1C (samalah dengan saya), dia jumpa KPP, so dapat sambung degree 2 tahun setengah jerk (saya pun cadang nak jumpa KPP nanti). Sebab, ini subjek pure. So, kena dapat A/B paling minima untuk memungkinkan korang sambung degree dengan mendapat PK.

Dah tau PK, okay sambung. Sekarang kemasukan penerapan first intake adalah pada 5th March, 2017, and the second was on 20th March, 2017. Unfortunately, I didn't make it to degree through penerapan UiTM either first or second intake. So I really thought that, it was the end of everything. So, I just need to focus for my UPU. Indeed, saya masih tak buat lagi permohonan UPU walau pun tarikh tutup adalah pada 4 April 2017. Ada lagi 2 minggu masa untuk saya isi borang UPU. So, guys, nampakkan, korunk masih ada masa nak buat keputusan, beli no pin atau tak payah, nak isi borang UPU dulu atau tak. Sebab, result penerapan keluar dulu, dan no pin masih lagi dijual di BSN. So saya masih ada masa nak tunggu keputusan penerapan, andai kata tak dapat, saya boleh pergi BSN, beli no pin dan isi borang UPU ! (sedikit tips bagi sesiapa yang pening sama ada nak beli no pin UPU awal awal ke tak, tapi ni time aku, kalau time korang next generation, tak tau kalau masih sama cara ni)

So, malam tuh sibuk isi borang UPU since saya dah beli awal no pin tuh. Okay, pening yang amat. Sangat rumit okay guys ! I remind you ! Sangat complicated. No pin bukan satu jerk masalah kepada UPU. I don't know since when UPU dah start minta upload gambar sijil. So, Im telling you guys to prepare this 'sijil-sijil' punya dokumen before korang tamat diploma, melainkan transkrip dan sijil tamat belajar. Sebab, dia perlukan transkrip penuh dari semester 1-semester 5.

SENARAI SIJIL/DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN UPU !

Ini senarai dokumen yang korang perlu sediakan/ada sebelum korang tamat pengajian diploma dan bagi sesiapa yang ingin apply UPU *terutama siapa yang duduk jauh dari kampus UiTM (macam kes saya)

- Sijil Kokurikulum
Sijil kor tak diperlukan pun untuk pengisian borang UPU, tapi anda tetap kena ambil satu hari nanti. Jadi dicadangkan ambil semasa semester 4, sebaik sahaja selepas anda tamat semester 3. Kerana kor hanya sampai semester 3. Jadi semester 4 itu anda sudah boleh dapatkan sijil kor anda di HEP, kampus UiTM anda. (baca keterangan lanjut dibahagian sijil transcript cara pengambilan sijil kor anda)

- Sijil SPM (yang dah disahkan)

- Sijil MUET (yang dah disahkan)
Sijil MUET sama seperti sijil kor, dapatkan pada semester hadapan, setelah anda selesai melakukan ujian MUET. Kepada calon persendirian, sijil anda akan di pos sendiri ke rumah anda. Tetapi bagi kes yang mengambil ujian MUET di bawah UiTM, anda perlu dapatkan sijil itu daripada pihak pengurusan UiTM anda sendiri (lecturer/staff di HEA yang bertanggungjawab memegang sijil MUET anda)

Kes saya baru-baru ni teruk. Tak tau pulak UPU minta upload Sijil MUET yang dah disahkan. Jadi saya terpaksa minta tolong kawan dari segala benua, sampaikan member yang repeat dan masih berada di Jengka pun saya minta tolong walhal dorang tengah menghadap final exam. Last-last, saya ambil keputusan, call HEA UiTM Jengka sendiri, buat suara kesian, cakap dah tak ada kawan langsung dekat Jengka untuk nak minta tolong ambilkan, saya minta dia emailkan pada saya sijil MUET saya yang dah disahkan. Dia tanya duduk mana. Saya cakap duduk Johor. Endup cik/puan tuh baik hati plus kesian agaknya, dia tolong buatkan, sebab kebetulan bahagian/pejabat penolong pendaftar takde orang yang handle, sorang EL, lagi sorang telah dipindahkan ke bahagian lain. So, nak tak nak, dia pun emailkan sijil MUET saya yang dah disahkan petang tuh juga. (Anyway, thanks to Zatie, Raihan, Niesa, Mira Faqihah, May, Anis and others yang saya minta tolong suruh ambilkan. Punya aku desak dorang suruh amekkan juga, at least ambil gambar sijil tuh pun bagi aku dah cukup)

Scary kan dengar kes saya tuh. Itupun dapat 21 Mac *hari tuh jugak. Hahaha
p/s : tolong jangan buat macam kes saya, call HEA. Kalau dorang tengah tak ada kerja, mood baik, bolehlah dorang tolong buatkan. Kalau tak, naya. In my case, I got lucky, alhamdulillah cause she helped me. I owe her ones.

- Sijil Tamat Belajar, STB (yang dah disahkan)
Ini korang kena ambil lepas tamat diploma, saing dengan transkrip dari sem1-sem5 korang. HEA Jengka, I don't know, kenapa tak boleh buat sebab perlu buat/sebab saje nak buat. Kena bagi jawapan sebab nak isi borang UPU, baru dorang buatkan STB.

- Mini Transcript Semester 1 - Semester 5
Ini pun sama, ambil lepas tamat diploma.
p/s : Tapi bagi sesiapa yang ingin mengambil sijil KOR, korang perlu at least ada transcript dari sem 1 sampai sem 3 baru boleh buat sijil KOR !

Okay, itu yang korang perlu ada/ready/prepare sebelum nak isi borang UPU yang entah tiba-tiba complicated.

And last dia minta MQA. MQA korang cuma perlu sahkan kos diploma korang through laman web dia. Dekat bawah Sijil MQA tuh, dia akan bagi link biru, klik situ, dia bawa pergi satu page. Isi form tuh, tak tau, dia ada tunjuk ajar korang cara nak isi form (tak faham jugak, boleh email saya) then, klik pada diploma korang dari banyak banyak senarai yang keluar. Print page tuh, dan pergi sahkan dekat Pegawai A Kerajaan.

Dah ada semua dokumen yang diperlukan, scan (avoid taking pictures) and kecikkan size file/image anda. Di laman upload file sijil anda tu, dia ada tulis cara nak kecikkan size file/image anda di bahagian atas. Klik jerk situ then dia akan ajar anda cara-caranya. Lepas tuh boleh lah mohon macam biasa. Dah besarkan !

Dengan fikiran serabut fikir sijil MUET sampai tertidur, bangun petang tuh, tengok ada mesej dan email masuk. First cek mesej. And guess what. (Time nih, saya masih pening kepala isi borang UPU malam semalam) saya cek mesej tuh, dia kata Keputusan Rayuan Tambahan, sila layari laman web online.uitm.edu.my untuk semak. At first, I thought it was a joke, sebab saya kata penerapan punya rayuan kan dah masuk. Pehal bagi mesej ni. Then, I continue to open my email, and I found out that, the staff emailed me my Sijil MUET (yang dah disahkan). Iam so glad to read that email. Terus open lappy nak teruskan misi isi borang UPU yang complicated !

But then my friends, call me, tanya dah cek belum mesej yang UiTM hantar tu. I was like, serious ah wehh ? But, students penerapan dah masuk kot. Aku nak masuk bila pulak ni kalau dapat. Saya terus cek. Alhamdulillah, I was offered course AS202 - Bachelor in Science (Hons) Chemistry... tapi dekat UiTM Samarahan 2 ??? Whatt. I was so shocked at that time. Saya menjerit dekat bonda, kata dapat, punya excited. Tapi bila bonda tanya tempat. Im a bit nervous to tell her. But after bagitahu dia, dia suruh call kakak-kakak saya sekalian untuk terima atau tidak. I mean pendapat dorang mengenai sambung belajar di Sarawak ni.

I mean, satu hari nanti, kalau bukan sekarang pun, saya tetap akan pergi jauh (jika ditakdirkan) dan saya tetap akan belajar duduk jauh di perantauan, jauh dari bonda dan ayahanda, kan ? I mean, being at Pahang proves right ?

Lepas habis discussion family, I decided to call my very dearest friend, Hidayah Ismail, last when I met her was on 2012, after I'd finished my PMR. Tak sangka, akan bertemu dengan dia bulan 9 nanti dekat Samarahan. Takdir Allah S.W.T :))

Tapi malam tuh tak tekan lagi button accept/terima tawaran tu sebab takut kemasukan dia dalam masa terdekat ni. So I teringat my friend at UNIMAS, Sarawak. I contact her through her twitter to get her phone number, and then had a deal to call her at a certain time, pok pek pok pek sampai hampir satu jam. Call jarak jauh, dari Johor-Samarahan. Hengkau rasa berapa banyak bil telefon rumah kena bulan ni. Hahaha. So I asked her a lot of things, tapi tak boleh nak cakap banyak, sebab saya pun tak tahu bila kemasukan dia, since saya tak tekan button accept lagi. Hanya mampu tanya pasal flight, ticket, macam mana surrounding Samarahan since dia belajar dekat UNIMAS. (Aku tak tau pulak UNIMAS dah dekat dah dengan UiTM Samarahan 2) So, she said that, if I got any questions left to be asked, just go directly asked her. You guys boleh pergi laman web blog dia.

Here's the link : http://dayahismail.blogspot.my

After pok pek pok pek, research dekat google lagi sebab takut plus nervous plus curious kalau ada senior sana, boleh tanya. And I found this blog :

http://hadeeah.blogspot.my

where, she was a student of UiTM Samarahan 2 back then. So, I decided to connect with her through twitter and get her number. Luckily, after I managed to get her number, I asked her a lot of questions dari transportation from airport to uitm, visa(pas pelajar terhad)/passport biru, kediaman kolej/rumah sewa, transportation from renthouse to uitm, harga barang dekat sana, tiket/flight macam mana, and every info that I can get. But before I managed to get in touch with her on 23rd March, I made a call directly to HEA, UiTM Samarahan 2, asking about the intake for Rayuan Tambahan. Then dia connect kan saya dengan timb. rektor sana sendiri, where he recommend me untuk buat penangguhan semester. But he ask me to call Kampus 1 and deal with 'em. So, after I made a called to Kampus 1 UiTM Samarahan, pok pek pok pek dengan staff dia, nasib I baik lagi sekali where she approved penangguhan semester saya immediately, but she needs a few document from me in return. So, saya memang takde masalah nak email dokumen saya pada dia tuh semua asalkan penangguhan approved.


PENANGGUHAN SEMESTER ?

Penangguhan saya bermaksud, saya akan start semester 1 saya pada bulan 9 yang dimana sepatutnya saya kena masuk mendaftar dalam minggu itu juga (bulan 3) kalau saya terima tawaran itu. So, selesai sesi penangguhan semester dari sana, dia kata saya dah sah jadi pelajar aktif sana.

The next day baru saya keep in touch dengan Sr. Hadeeah Aminuddin for the info mengenai UiTM Samarahan 2 yang saya cakap tadi. You guys can go to her blog, I gave you earlier, her website. Scroll up ! Rupa-rupanya dia setahun tua dari saya, batch '95 ! But In Shaa Allah, by the end of this year, dia akan tamat pengajian degree dia di Sabah ! Cepatkan. Sebab apa ? PK of course. Itulah kuasa PK boleh buat. Goodluck kak, and all de best dekat Sabah. Diploma dia dekat Sarawak, degree dekat Sabah. Im just amazed with her.

WHAT AM I DOING RIGHT NOW ?

So, since I've a lot of time left, for now I am working as QC Inspector at V.S.'s company. So, bolehlah, tambah duit perbelanjaan dekat sana nanti. Plus duit tiket flight, kolej, transport, hotel. Yeah, cakap pasal hotel, I think I've to used the Trivago apps soon ! And right now, saya punya semangat, sampai dah install Traveloka punya apps dekat phone. Hahahaha.

FLIGHT AND HOTELS ?

Bestnya TRAVELOKA sebab bagi siapa yang nak kill two birds with one stone, korang boleh guna apps ni. Flights and hotels. How convenient is that. So, since Senai takde MAS, I decided to take AirAsia later on, cuma kena tambah ambil cargo. Since, confirm hari first daftar saya akan bawa lebih 7kg++ punya luggage. Kalau tak mahu ambil cargo, sila prepare duit MYR 500++ - MYR 1000++ (kalau tak ambil cargo, and luggage lebih 7kg).

You guys can go at their website :
https://www.traveloka.com/en-my/

Guys, bagi sesiapa yang tak faham atau rasa nak tahu dokumen apa yang diperlukan untuk membuat penangguhan, boleh direct email saya. Sebarang info tambahan, mengenai flight yang available/what I mean by cargo or anything else, please, don't be shy to email me at ilaadios96@gmail.com
Share This Post :